Shopaholic, Apakah Yang Patut Saya Lakukan?

Meminjam sekarang

Shopaholic bermaksud seseorang yang tidak dapat menahan keinginan menghabiskan banyak masa dan wang untuk membeli-belah walaupun pembelian tersebut tidak diperlukan. Tabiat shopaholic ini boleh menjadi punca hutang. Sekarang terdetik persoalan dalam minda anda: Bagaimanakah mengetahui sama ada saya shopaholic atau tidak? Dan seteruk mana ketagihan saya?

Shopaholic Apakah Yang Patut Saya Lakukan

Adakah anda seorang shopaholic? Bagaimana mengetahuinya?

Biasanya orang tidak menyedari bila mereka mula menjadi ketagih membeli-belah. Seseorang yang menghadapi masalah seperti ini biasanya akan membuat alasan tentang bagaimana mereka perlu membeli barangan ini, sehingga akhirnya tabiat ini akan mengubah personaliti seseorang.

Keadaan ini tidak boleh diasingkan daripada pengaruh itu sendiri. Mereka yang mengalami masalah ini biasanya tidak menyedari yang mereka telah ketagih. Mereka berterusan membeli-belah tanpa mengetahui dengan jelas mengapa mereka membelinya. Mereka berasakan kepuasan mereka sendiri apabila mereka boleh membeli apa yang mereka mahu, tetapi sebenarnya tidak perlukan sangat.

Tentulah ada tahap-tahap bagi shopaholic. Apabila tahap ketagihan begitu kuat, mereka tidak dapat berhenti membeli. Sentiasa memikirkan apa yang hendak dibeli selepas ini. Tahap ketagihan ini akan memberi kesan kepada keadaan psikologikal seseorang dan terdapat kemungkinan yang orang tersebut akan memerlukan rawaran psikologi.

Bagaimanakah berhenti menjadi shopaholic?

Sama seperti masalah ketagihan lain, seseorang shopaholic boleh berhenti jika mereka mempunyai keinginan yang kuat untuk melakukannya. Sekiranya seseorang berjaya mengatasi tabiat shopaholic, ia akan mempunyai impak positif ke atas hidup orang tersebut. Ini adalah beberapa tips untuk memulakan usaha menjauhi diri daripada tabiat shopaholic:

  • Biasakan membayar dengan tunai
  • Penggunaan kad kredit boleh membuat bebanan yang anda rasakan lebih ringan, tetapi jumlah wang yang anda bayar adalah sama. Hadkan pengunaan kad kredit yang anda ada hanya untuk kecemasan. Dan buat pembayaran anda menggunakan wang tunai.
  • Elakkan sesuatu yang membuat anda membeli-belah melampau
    Iklan di televisyen, radio, surat khabar atau internet adalah sejumlah besar media di mana anda boleh mendapat berita tentang pelbagai promosi yang sedang berjalan. Seboleh mungkin hadkan perkara yang boleh mendorong anda membeli-belah.
  • Buat senarai beli-belah
    Membuat nota atau senarai membeli-belah barang keperluan membantu anda mengawal tabiat shopaholic anda. Buat senarai membeli-belah yang mengambil kira keperluan dan disesuaikan untuk situasi kewangan anda.
  • Jangan paksa diri mengikut trend semasa
    Ini adalah masalah yang dihadapi kebanyakan wanita. Keinginan mengikut perkembangan fesyen hari ini membuat anda tidak berupaya mengawal jumlah wang yang anda gunakan untuk memenuhi keinginan anda mengikut arus fesyen.
  • Perkara-perkara berkaitan shopaholic digantikan aktiviti-aktiviti lain

    Buat aktiviti-aktiviti positif lain dan jauhkan diri daripada perkataan beli-belah. Ini boleh membantu membuat anda sibuk dan mengelakkan anda berfikir tentang perkataan beli-belah. Jadi kemungkinan dan keinginan anda membeli-belah diminimakan. Akhirnya, tabiat ini dapat mengurangkan ketagihan membeli-belah.

Bagaimanakah membayar balik semua hutang yang saya telah buat?

Mungkin anda mula menyelesaikan masalah ketagihan membeli-belah yang anda ada, tetapi bagaimanakah menyelesaikan masalah hutang atau tunggakan yang anda buat? Credy sedia membantu. Di Credy, kami menyediakan pinjaman peribadi dan pinjaman online kepada mereka yang memerlukannya. Anda tidak perlu berurusan dengan proses yang rumit dan keperluan dokumen yang menyusahkan. Anda hanya perlu mengisi borang yang disediakan di laman sesawang kami!

Proses permohonan sangat mudah dan pantas, anda boleh memohon pinjaman dengan jumlah maksima sebanyak RM 20,000. Di sini anda tentukan jumlah wang yang anda mahu pinjam dan tempoh masa yang anda perlukan untuk membayar balik hutang. Dalam hanya 15 minit, anda akan mendapat dana yang anda perlukan untuk membayar hutang-hutang anda! Jika anda perlukan maklumat tambahan berkenaan pinjaman yang Credy tawarkan, sila hubungi kami hari ini!

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Bidang yang diperlukan ditandakan *