5 Idea Melaburkan Wang

Meminjam sekarang

Mungkin anda seorang daripada orang bertuah yang berjaya mengasingkan sedikit dana untuk pelaburan dan kini mencari idea untuk melaburkan wang anda. Mungkin anda cukup bertuah mempunyai sejumlah dana yang bersar dan anda hanya menyimpan wang di dalam bank dan kemudian menikmati kadar faedahnya. Atau mungkin, anda hanya berjaya menyimpan sedikit wang dan kini mahukan peluang menambahkannya dengan pelaburan. Kami akan mengongsikan pilihan-pilihan pelaburan dengan anda.

idea melaburkan wang

Idea melaburkan wang anda: alternatif-alternatif

Jika anda mempunyai sejumlah wang, ini adalah beberapa idea untuk melaburkan wang anda:

Perniagaan: melabur dalam perniagaan boleh dilakukan melalui satu daripada tiga cara. Pertama, anda boleh memulakan perniagaan anda sendiri dan menggunakannya untuk mendapatkan keuntungan. Kedua, anda boleh membeli perniagaan yang sudahpun berjalan dan dijangka akan berkembang. Atau akhirnya, anda boleh membiayai perniagaan pihak ketiga untuk faedah, kemudahan atau menjualnya semula pada harga yang lebih tinggi.

Hasil seni untuk pengumpul: Seni adalah pelaburan dengan risiko hampir kosong, kerana seni dan barangan pengumpul adalah bernilai atas nilai estetiknya. Jadi, semakin lama ia disimpan semakin tinggilah nilainya dan anda boleh menjualnya semula untuk mendapat keuntungan besar.

Saham: saham adalah sekuriti yang diterbitkan oleh beberapa syarikat untuk mendapatkan dana. Apabila anda membeli saham daripada syarikat, anda tentunya menjangkakan ia akan dapat dijual pada harga yang lebih tinggi daripada harga pembelian, dengan itu menjana keuntungan. Sebab itulah anda perlukan pengetahuan yang banyak dan gerak hati yang tepat untuk melangkah masuk ke dunia dagangan saham.

Bon: Sekuriti hutang yang diterbitkan oleh kerajaan, perbadanan, atau entiti-entiti lain yang bertujuan membiayai aktivitinya sendiri adalah sekuriti hutang, dan keuntungan yang kita dapat datang daripada faedah ke atas hutang tersebut. Jumlah / faedah ditetapkan sejak awal dan tidak berubah, jadi anda akan menerima pembayaran faedah berkala untuk bon anda.

Laburkan wang dalam beg, emas dan matawang asing: Melainkan anda mempunyai pengetahuan kewangan yang meluas, kami tidak menyarankan anda melabur dalam pelaburan ini kerana risikonya yang besar sekiranya anda tiada pengetahuan yang perlu dan penting dalam bidang kewangan.

Hartanah: membeli rumah, tanah bangunan dan premis komersial, ruang letak kereta dan lain-lain untuk dijual semula dan mendapatkan keuntungan pada masa hadapan. Ini adalah cara yang baik untuk melabur, tetapi memerlukan modal yang agak besar.

Produk kewangan: dana bersama dan deposit masa adalah pilihan-pilihan lain yang boleh dipertimbangkan untuk pelaburan, terutama jika anda mempunyai wang yang mencukupi.

Idea melaburkan wang apabila wang yang anda ada agak kecil.

Seperti yang anda boleh lihat, kebanyakan alternatif pelaburan sedia ada hanya boleh digunakan oleh mereka yang mempunyai dana yang besar atau telah menyimpan selama beberapa tahun. Tetapi berapa banyak orang yang menjadi kaya dengan pelaburan kecil-kecilan dalam tahun-tahun awal mereka? Banyak. Anda perlu tahu membuat pilihan dan situasi anda mungkin tidak mustahil. Jangan terus menjerumuskan diri ke dalam projek-projek besar dengan risiko tinggi.

Internet adalah terbuka pada masa masa ini, banyak peluang membuka perniagaan kecil dengan sedikit pelaburan awalan. Kadangkala, hanya dengan membayar hos laman sesawang dan membuat laman sesawang, ia boleh menjadi batu asas untuk memulakan perniagaan anda sendiri. Pemasaran yang baik dan usaha yang tekal boleh menjamin kejayaan anda. Jika anda tiada dana pun untuk memulakan perniagaan anda mungkin perlu mempertimbangkan pinjaman peribadi atas talian.

Anda tiada deposit wang dan disebabkan itu anda tidak boleh melabur?

Jangan risau. Credy menawarkan pinjaman online terbaik berbanding semua perkhidmatan peminjaman wang di internet. Pinjaman dengan keadaan terbaik dan anda hanya perlu memenuhi keperluan yang sedikit. Anda boleh memohon pinjaman sehingga maksima RM 17,000 dan memulangkannya sehinga maksima 365 hari. pinjaman wang cepat (anda boleh mendapatkan dana yang anda pinjam dalam hanya 15 minit) mudah difahami dan boleh dipohon oleh semua pengguna.

Apabila anda telah memilih jumlah yang anda perlukan dan tempoh pembayaran yang paling sesuai untuk keperluan anda, klik pada butang ‘dapatkan’ dan penuhkan borang pendek mengandungi maklumat anda. Permohonan anda akan disahkan dan kami akan kembali kepada anda secepat mungkin. Jika semuanya berjalan lancar, dana akan dipindahkan ke akaun bank anda dengan serta-merta. Anda ada soalan lain? Jangan segan-silu menghubungi kami di sini.

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Bidang yang diperlukan ditandakan *