Tips-tips Menguruskan Kewangan Ketika Cuti Tanpa Gaji

Meminjam sekarang

Selain percutian yang semua orang tunggu-tunggu, terdapat satu lagi hari yang sentiasa menunggu untuk hari masuk gaji. Tabiat-tabiat yang sentiasa muncul pada hari gaji masuk adalah orang biasanya membazir, sebagai contohnya: lepak-lepak dengan rakan di tempat-tempat yang popular, percutian di tempat-tempat yang tidak pernah dilawati, untuk makan di tempat yang mewah dan banyak lagi.

Menikmati gaji dan cuti menyeronokkan. Tetapi, kadangkala perkara-perkara tidak dijangka berlaku jadi kuota hari cuti anda tidak dapat memenuhi keperluan percutian anda. Pada masa-masa sebegini, terdapat pilihan cuti tanpa gaji yang anda boleh gunakan, tetapi bersedialah menghadapi akibat yang anda mungkin terjadi jika anda menggunakan cuti tanpa gaji.

Tips-tips menguruskan kewangan ketika cuti tanpa gaji

Bersedia tidak mendapat gaji

Terdapat beberapa sebab orang mengambil cuti tanpa gaji, tetapi sebab paling kerap adalah mereka mahukan cuti yang panjang apabila cuti bergaji tidak mencukupi. Biasanya sebabnya adalah: mahu menikmati hari cuti, menghilangkan penat daripada bekerja, dan melancong ke tempat yang sudah lama diingini.

Akibat tidak mendapat gaji kerana mengambil cuti tanpa gaji patut sudah dijangka supaya anda tidak tersekat dengan masalah kewangan. Di sini adalah tips untuk menguruskan kewangan yang boleh digunakan untuk menjangka masalah yang mungkin muncul apabila menggunakan cuti tanpa gaji:

Tips-tips Menguruskan Kewangan Ketika Cuti Tanpa Gaji

  1. Menyediakan Simpanan Untuk Kecemasan
    Beberapa hari sebelum cuti tanpa gaji, anda mesti menyediakan simpanan yang anda boleh gunakan sekiranya terdapat kecemasan atau keperluan segera. Jadi apabila anda mengambil cuti tanpa gaji, anda sudahpun mempunya wang simpanan untuk masa-masa anda tidak mendapat gaji daripada pejabat.
  2. Mengatur Perbelanjaan
    Jika perbelanjaan bulanan anda bergantung kepada gaji bulanan, anda perlu mengatur semula perbelanjaan bulanan apabila mengambil cuti tanpa gaji untuk tempoh yang panjang. Dalam mengatur semula perbelanjaan bulanan ini, gunakan simpanan kecemasan atau simpanan anda, kira berapa banyak wang yang anda gunakan dengan mengaturnya berbanding jumlah simpanan kecemasan yang anda ada.
  3. Guna Wang Dengan Cermat
    Apabila anda mengambil cuti panjang untuk sama ada melancong atau apa-apa sebab lain, berjimat cermat dalam menggunakan wang. Contohnya, jika anda mahu membeli cenderahati untuk orang yang anda sayangi apabila anda pulang ke rumah, cari sesuatu yang tidak mahal tapi bernilai kepada mereka.
  4. Dapatkan Pendapatan Alternatif
    Sumber pendapatan bukan sahaja daripada gaji bulanan, malah anda juga boleh mendapatkan wang tambahan daripada pendapatan lain, jika anda mempunyai perniagaan atau kerja sampingan yang boleh membantu kewangan dan membuat simpanan. Menjelang masa anda mengambil cuti tanpa gaji, anda masih mempunyai kawalan ke atas kewangan anda untuk memenuhi keperluan bulanan.

Adakah masalah kewangan masih berlaku kepada anda? Di sini Credy sedia membantu anda menyelesaikan masalah-masalah dialami dengan bentuk pinjaman peribadi online.

Credy menawarkan pinjaman sehingga maksima RM. 20,000 dengan had pemulangan 30 hari. Proses permohonan pinjaman ini tidak merungsingkan dan mudah. Jika anda masih keliru atau mempunyai soalan tentang bagaimana memohon pinjaman, anda boleh menghubungi kami di hubungi kami.

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Bidang yang diperlukan ditandakan *