5 idea melaburkan wang

Meminjam sekarang

Mungkin anda salah seorang orang bertuah yang berjaya mengasingkan sedikit wang untuk melabur dan kini anda mencari idea untuk melaburkan wang anda. Mungkin anda cukup bertuah untuk mempunyai jumlah wang yang besar dan anda hanya menyimpan wang itu di dalam bank untuk menikmati faedah.

Atau mungkin, anda berjaya menumpan sejumlah kecil wang dan kini anda melihat peluang untuk berkembang jadi anda perlukan idea untuk melabur. Kami akan kongsi bersama anda pilihan-pilihan pelaburan yang menarik.

idea-idea melaburkan wang

Jika anda mempunyai deposit wang, ini adalah beberapa ida untuk melaburkan wang ini:

Perniagaan: melabur dalam perniagaan boleh dilakukan dalam tiga cara. Pertama sekali, anda boleh memulakan perniagaan anda dan bergerak untuk keuntungan. Kedua, anda boleh membeli perniagaan yang sudahpun berjalan dan dijangka akan berkembang. Atau akhir sekali, anda boleh membiayai perniagaan pihak ketiga untuk faedah, kemudahan atau menjualnya semula pada harga mahal.

Barang seni untuk pengumpul: barangan seni adalah pelaburan dengan risiko hampir kosong, kerana barangan seni dan collectible tidak ternilai kerana kecantikannya. Jadi, semakin lama objek-objek ini akan mempunyai nilai lebih tinggi dan anda boleh menjualnya semula untuk keuntungan besar.

Saham: saham adalah sekuriti yang dikeluarkan oleh beberapa syarikat untuk mendapatkan dana. Apabila anda membeli stok daripada syarikat, anda tentunya mahu menjualnya semula pada harga lebih tinggi daripada harga ketika anda membelinya, dengan itu mendapatkan keuntungan.

Inilah sebabnya anda perlu mempunyai pengetahuan dan gerak hati untuk bergerak dalam dunia perdagangan saham.

Bon: Sekuriti hutang dikeluarkan oleh kerajaan, syarikat, atau entiti-entiti lain yang bertujuan membiayai keperluan mereka melalui sekuriti hutang, dan keuntungan yang kita dapat datang daripada faedah ke atas hutang tersebut. Jumlah/faedah ditetapkan pada permulaan dan tidak berubah, jadi anda menerima pembayaran faedah berkala untuk bon anda.

Melabur dalam beg, emas dan matawang asing: Melainkan anda mempunyai pengetahuan kewangan yang meluas, kami tidak mencadangkan anda melabur dalam jenis ini kerana ia mempunyai risiko besar jika anda tidak mempunyai pengetahuan yang diperlukan dan khusus dalam kewangan.

Hartanah: membeli kediaman, tanah, bangunan dan premis komersial, ruang meletak kereta dan lain-lain untuk dijual semula pada masa hadapan dan mendapatkan keuntungan. Ini adalah cara yang baik untuk melabur, tetapi memerlukan dana yang agak besar.

Produk kewangan: dana bersama dan deposit masa adalah lain-lain pilihan yang anda boleh pertimbangkan untuk melabur, terutamanya jika anda mempunyai wang yang mencukupi.

Idea melaburkan wang apabila wang yang anda ada agak kecil

Seperti yang anda boleh lihat, kebanyakan alternatif pelaburan sedia ada hanya boleh dicapai oleh mereka yang mempunyai wang yang besar, atau dengan menjimatkan untuk beberapa tahun. Namun begitu, berapa banyakkah orang yang menjadi kaya dengan melaburkan wang dalam pelaburan bersaiz kecil pada hari-hari awal mereka? Banyak.

Anda perlu tahu bagaimana memilih dan jika situasi anda tidak mungkin, jangan melabur dalam projek-projek besar dengan risiko tinggi.

Internet buat masa ini, menawarkan banyak kemungkinan membuka perniagaan kecil dengan pelaburan awal yang kecil. Kadangkala, hanya dengan membayar hos website dan membuat laman sesawang, sudah mencukupi sebagai batu asas untuk memulakan perniagaan anda.

Pemasaran yang baik dan usaha yang tekal akan menjamin kejayaan anda. Jika anda tiada wang untuk memulakan perniagaan, mungkin anda perlu mempertimbangkan pinjaman peribadi online.

Jangan risau. Credy menawarkan pinjaman online yang terbaik berbanding pinjaman-pinjaman yang ada di Internet. Pinjaman dengan syarat yang sangat baik dan syarat-syarat yang ada pun hanya sedikit. Anda boleh memohon pinjaman sehingga maksima RM. 7,000 dan memulangkannya dalam maksima 30 hari.

Pinjaman Ekspres (anda boleh mendapatkan dana dalam hanya kurang daripada 15 minit) sangat mudah difahami dan boleh digunakan oleh semua pengguna.

Sebaik sahaja anda memilih jumlah yang anda perlukan dan tempoh pembayaran yang sesuai dengan keperluan anda, klik butang ‘dapatkan’ dan isikan borang pendek berkenaan maklumat anda. Permohonan anda akan disahkan dan kami akan membalas permohonan and secepat mungkin.

Jika semuanya berjaklan lancar, dana akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda dengan segera. Anda ada soalan lanjut? Jangan segan-segan menghubungi kami di sini.

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Bidang yang diperlukan ditandakan *