Masa berlalu dengan pantas dalam semua aspek kehidupan, begitu juga tenaga kerja. Teknologi-teknologi baru sentiasa muncul setiap tahun dan disebabkan teknologi Internet, freelancer bukan lagi sesuatu yang baru bagi orang Indonesia. Dengan itu, artikel ini akan membincangkan kebaikan dan keburukan menjadi seorang freelancer.
Kelebihan dan keburukan menjadi freelancer
Kelebihan-kelebihan menjadi Freelancer
Semua orang mempunyai pandangan berbeza terhadap sesuatu perkara, andaikan semua orang boleh menilaikan botol setengah penuh dan setengah kosong. Ini adalah penilaian peribadi. Tetapi sebenarnya, ia digunakan untuk meningkatkan keyakinan seseorang dalam menilai atau melihat situasi. Ada banyak maklumat tentang bagaimana menjadi freelancer di Internet tetapi ia terpulang kepada sama ada kita dapat melihatnya sebagai peluang dan berkeyakinan terhadap keupayaan kita untuk bersaing dalam tenaga kerja freelancer. Terdapat banyak orang yang akan menilaikan positif dan sesetengah orang akan menilaikan perkhidmatan anda sebagai negatif. Kepada kebanyakan orang, masih terdapat pro dan kontra dalam bidang ini.
- Masa bekerja yang fleksibel : Dalam dunia pekerjaan di Indonesia, biasanya pekerja-pekerja masuk kerja dari Isnin ke Jumaat dan jika anda bekerja dalam bidang perkhidmatan (industri hospitaliti) kemungkinan besar anda hanya mendapat cuti sehari seminggu. Tentunya tidak sesuai bagi anda jika anda mahu meluangkan masa bersama keluarga. Lain pula dengan freelancer, anda boleh menetapkan sendiri masa bekerja anda. Kerja ini juga boleh dilakukan mengikut keselesaan anda di rumah.
- Sebagai seorang freelancer, anda boleh bekerja di beberapa syarikat pada masa yang sama. Jika anda adalah seorang pekerja syarikat atau pekerja tetap, kadangkala syarikat meletakkan peraturan yang melarang pekerja bekerja untuk syarikat-syarikat lain. Sebagai seorang freelancer, anda boleh bekerja untuk beberapa syarikat berbeza. Syaratnya tentulah, anda mampu menyiapkan kerja yang anda ambil dalam masa yang diberikan. Sebagai contoh: Anda seorang pereka grafik, anda boleh mendapat beberapa kerja pada masa yang sama dengan membuat rekaan logo untuk syarikat A dan membuat rekaan laman sesawang untuk syarikat B.
- Mengubah pandangan masyarakt : Orang Indonesian biasanya tinggal di kampung-kampung, dan biasanya menganggap anak-anak yang tinggal di rumah sebagai anak-anak yang tidak bekerja. Walaupun tidak semestinya, terdapat freelancer yang boleh bekerja di tempat-tempat lain. Jadi sudah sampai masa mereka yang bekerja dalam bidang freelancing memberi kesedaran kepada orang sekitar berkenaan apa itu freelancing.
- Pendapatan : Pendapatan daripada bekerja sebagai freelancer tidak mustahil lebih biasa daripada pekerja biasa dalam syarikat. Ini disebabkan sebagai seorang freelancer, anda boleh mengambil beberapa kerja pada masa yang sama. Ia bergantung kepada keupayaan, kreativiti dan rangkaian. Semakin banyak maklumat berkenaan kerja tersebut, sama ada daripada rakan-rakan atau internet, semakin besar peluang bagi seseorang freelancer mendapatkan kerja.
Keburukan-keburukan menjadi freelancer
Walaupun terdapat banyak kelebihan yang dibincangkan di atas, terdapat beberapa keburukan atau kerugian yang boleh dirasakan dengan bekerja sebagai freelancer. Ini adalah beberapa keburukan yang anda mungkin hadapi sebagai freelancer:
- Bekerja sebagai freelancer memerlukan pelaburan awal : Dalam beberapa kes, pelaburan diperlukan mungkin tinggi, bergantung kepada jenis kerja yang anda akan lakukan. Contohnya membeli perkakas yang diperlukan untuk kerja, seperti: peralatan komputer, internet dan banyak lagi. Tidak kira situasi, anda boleh menyelesaikan masalah ini dengan tawaran pinjaman online credy.my. Anda boleh meminjam sehingga RM. 20,000 dengan tempoh pemulangan 365 hari daripada Credy.my. Anda boleh pilih sendiri berapa banyak wang yang anda perlukan dan berapa lama yang anda perlukan untuk memulangkan wang yang dipinjam. Pinjaman ini adalah bantuan yang sangat berguna untuk freelancer, kerana kemudahan dan kepantasan proses pemberian pinjaman yang ditawarkan.
- Tidak mendapat insurans perubatan : Sebagai seorang freelance, anda tidak mendapat insurans perubatan jika anda jatuh sakit tidak seperti pekerja pejabat. Jika sakit, anda terpaksa menggunakan pinjaman anda atau mendaftar di syarikat swasta yang memberikan insurans perubatan.
- Masa bekerja melebihi 8 jam: Sebagai seorang freelancer and kadangkala terpaksa bekerja melebihi masa bekerja seorang pekerja pejabat. Freelancer kerap bekerja hingga ke jauh malam untuk menyelesaikan tugas yang hampir sampai masa penghantarannya. Walaupun begitu, ini dapat dielakkan jika freelancer itu menguruskan masa bekerjanya dengan baik.
Anda boleh membuat keputusan menjadi freelancer atau tidak melalui penjelasan tentang kelebihan dan keburukan menjadi freelancer yang disebut di atas. Adakah anda mahu bekerja sebagai seorang freelancer? Di Indonesia sahaja terdapat banyak orang yang bekerja sebagai freelancer dan tahu apakah freelancing. Ini adalah peluang bagi anda meningkatkan pendapatan dan bersaing dengan orang lain di luar sana. Tanpa mengira bidang pengkhususan, jika anda berhasrat menjadi seorang freelancer, pastikan anda mempunyai kecekalan yang kuat dan bersedia menghadapi masalah-masalah yang bakal muncul. Jika anda perlukan bantuan kewangan, credy.my sedia membantu anda dengan pinjaman secara online yang kami tawarkan. Sekiranya anda berasakan “Kelebihan Dan Keburukan Menjadi Seorang Freelancer” berguna, nantikan blog seterusnya daripada pasukan kami!